Pertempuran India-China boleh cetuskan peperangan dunia

Anggota-anggota polis melakukan kawalan di Kedutaan China di New Delhi baru-baru ini. - Foto AFP
Anggota-anggota polis melakukan kawalan di Kedutaan China di New Delhi baru-baru ini. - Foto AFP
A
A
A

PERTEMPURAN antara tentera China dengan India di Lembah Galwan, Himalaya pada malam Isnin lalu memberi kejutan kepada masyarakat dunia.

Seramai 20 orang anggota tentera India terbunuh dalam pertempuran tersebut di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian kedua-buah dua negara.

Menurut portal berita CBS News pada Selasa lalu, itu adalah kali pertama pertumpahan darah berlaku dalam perbalahan sempadan India dengan China.

China menuduh tentera India menyeberangi sempadan negaranya dua kali, membuat hasutan dan menyerang askar-askar China.

Agensi berita AFP melaporkan, Kementerian Pertahanan China mengesahkan terdapat sejumlah askar yang mendapat kecelakaan dalam pertempuran itu.

Bagaimanpun, kementerian tersebut tidak memberikan angka sebenar tentang kematian atau yang cedera manakala media pemerintah berdiam diri berhubung pertempuran kecil itu.

Pergaduhan kerap kali berlaku antara askar-askar dari negara yang mempunyai penduduk teramai dunia itu di sempadan India dan China.

Sempadan kedua-dua negara itu sejauh 3,500 kilometer tetapi tidak ada mana-mana askar yang terbunuh sejak tahun 1975.

Artikel Berkaitan:

Akhbar nasionalis China iaitu Global Times melaporkan jumlah kematian yang berlaku di sebelah India.

Namun, akhbar tersebut menyatakan China tidak menyiarkan maklumat tentang kecelakaan terhadap askarnya dalam pertempuran itu.

Sementara itu, stesen penyiaran CCTV dan People's Daily yang dimiliki Parti Komunis menyiarkan semula kenyataan tentera China di media sosial tanpa sebarang laporan tambahan.

Program berita yang paling kerap ditonton di CCTV iaitu Xinwen Liambo juga tidak menyebut tentang konfrontasi di sempadan pada Selasa lalu.

Transkrip rasmi taklimat akhbar Kementerian Luar China pada Selasa lepas oleh seorang jurucakapnya berhubung pertempuran itu juga telah disunting.

Akhbar Global Times menyatakan dalam ruangan editorial bahawa China tidak mendedahkan angka kematian bagi mengelak perbandingan dan menghalang meletusnya sentimen konfrontasi.

Gambar fail menunjukkan askar-askar India mengawal sebatang jalan raya ke Leh sempadan China di Gagangir. -AFP
Gambar fail menunjukkan askar-askar India mengawal sebatang jalan raya ke Leh sempadan China di Gagangir. -AFP

China tidak mahu isu sempadan dengan India dijadikan sebagai satu kontroversi, kata ruangan editorial tersebut.

Ruangan itu turut menyalahkan India kerana bersikap sombong dan cuai.

Bagaimanapun, para pengguna di Weibo, China iaitu platform laman sosial seperti Twitter pula menuntut pertumpahan darah India.

"Jika kami tidak mematahkan India sehingga mati, provokasi seperti ini tidak akan pernah tamat," kata seorang pengguna di laman tersebut.

"Baca daripada laporan media asing bahawa lima askar Tentera Pembebasan Rakyat terbunuh.

"Saya sungguh marah sehingga darah saya bergerak naik ke kepala saya," tambahnya.

Kematian di Lembah Galwan, Himalaya itu adalah yang pertama sejak berlakunya pertempuran di sempadan pada tahun 1975 antara kedua-dua negara berjiran yang memiliki kuasa nuklear.

Kedua-dua buah negara juga tidak mampu menyelesaikan perbalahan di sepanjang perbatasan itu.

"Ini amat, amat serius. Ini akan memusnahkan walau apa pun dialog masih diteruskan," kata bekas komander tentera India, D S Hooda.

Sementara itu, dari Doha, penyampai stesen televisyen Al Jazeera, Sohail Rahman berkata, perkembangan tersebut merupakan satu kebimbangan.

Katanya, Perdana Menteri India, Narendra Modi akan mencari sokongan dari Amerika Syarikat (AS) untuk sebarang tindak balas yang berpontensi.

"Ketika ini, China dan AS tidak mempunyai hubungan yang amat baik.

Dua anggota separa tentera China mengawal di luar Kedutaan India di Beijing pada 16 Jun lalu. - Foto AFP
Dua anggota separa tentera China mengawal di luar Kedutaan India di Beijing pada 16 Jun lalu. - Foto AFP

"Modi mempunyai sekutu yang amat kuat dengan Presiden Donald Trump. Saya tidak akan terkejut jika terdapat panggilan telefon antara New Delhi dengan Washington tentang apa-apa langkah yang seterusnya, apakah bentuk sokongan AS boleh berikan secara moral dan politik kepada New Delhi.

"Apabila ia (India) akan diserang sama ada secara fizikal di daratan atau politik di peringkat antarabangsa, penduduk India bakal bersatu di sekeliling Perdana Menteri.

"Jadi, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan (India), ia akan disokong dengan jujur oleh orang awam dan media.

"Jika mereka (India) telah diberikan pertumpahan darah, saya mengesyaki India akan merancang pembalasan," tambahnya.

Pakar-pakar berkata, salah satu sebab pertempuran itu adalah kerana India sedang membina jalan-jalan raya dan landasan kapal terbang bagi memperbaiki perhubungan selain merapatkan jurang dengan China yang mempunyai infrastruktur hebat.

Di Galwan, India telah menyiapkan sebatang jalan raya ke landasan kapal terbang pada Oktober lalu.

China pernah meminta India menghentikan semua pembinaan.

Namun, India menyatakan ia masih beroperasi dalam kawasan Garisan Kawalan Sebenar iaitu sempadan de facto kedua-dua negara.

Sebelum ini, ribuan tentera dari dua buah negara yang dibantu oleh trak berperisai dan meriam telah terlibat dalam konfrontasi sejak bulan Mei lalu di wilayah Ladakh sempadan Tibet. - Agensi