Terowong nyahjangkit untuk lindungi Putin

Mana-mana individu perlu melalui terowong nyahkuman tersebut sebelum bertemu Putin (gambar kecil). - Foto Agensi
Mana-mana individu perlu melalui terowong nyahkuman tersebut sebelum bertemu Putin (gambar kecil). - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Individu yang mahu bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di kediaman rasminya perlu melalui 'terowong nyahjangkit' terlebih dahulu yang dicipta untuk melindungi pemimpin tersebut daripada ancaman koronavirus (Covid-19).

Putin dikatakan telah mengasingkan dirinya di kediaman Novo-Ogaryovo di luar Moscow walaupun beliau tampil di khalayak umum tanpa memakai topeng muka di sebuah acara pada minggu lalu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pelawat yang mahu bertemu dengannya perlu mendapatkan semburan nyahkuman dari terowong tersebut yang dihasilkan di wilayah Penza, timur ibu negara.

Vladimir Putin
Vladimir Putin

Jurucakap presiden, Dmitry Peskov berkata, dua mesin nyahjangkit sama turut ditempatkan di Kremlin.

"Ia dipasang ketika wabak itu sedang memuncak. Langkah antivirus masih dilaksanakan di Kremlin demi untuk melindungi keselamatan presiden," ujarnya.

Difahamkan, terowong itu turut dilengkapi teknologi pengecaman wajah dan boleh mengambil suhu badan individu.

Sejak beberapa bulan lalu, Kremlin telah melaksanakan pelbagai langkah untuk melindungi Putih termasuk melakukan ujian secara kerap ke atas beliau dan individu yang mempunyai kontak dengannya.

Artikel Berkaitan:

"Pelawat juga perlu melakukan ujian saringan sebelum bertemu Putin," jelas Peskov lagi. - AFP