X

Kindly register in order to view this article
!

Saifuddin tolak pelawaan sertai Muafakat Nasional

Saifuddin semasa sidang akhbar selepas membentangkan Kad Laporan 100 Hari beliau di Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.
A
A

PUTRAJAYA - Datuk Saifuddin Abdullah menolak pelawaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyertai Muafakat Nasional - kerjasama Pas dan UMNO, namun menyifatkan pelawaan itu menunjukkan kelapangan hati kerjasama dua parti berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, beliau secara peribadi terikat menerusi persefahaman dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya hanya boleh kata terima kasih kepada beliau tetapi lebih daripada itu saya tidak boleh komen," katanya ketika ditanya pemberita mengenai pelawaan yang dibuat Ahmad Zahid hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, Muafakat Nasional terbuka menerima Bersatu atau mana-mana ahli Parlimen Bebas termasuk Saifuddin.

Saifuddin ditemui pemberita selepas membentangkan Kad Laporan 100 Hari beliau menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di sini hari ini.

Saifuddin bertindak keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 24 Februari lepas, menyusuli pemecatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin daripada parti itu.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!