113 laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook 'Siti Kasim'

Huzir
Huzir
A
A
A

KUALA LUMPUR – Sebanyak 113 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung kenyataan pemilik akaun Facebook ‘Siti Kasim’ yang dipercayai sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan itu dilaksanakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Pemilik akaun tersebut akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi menjelaskan tentang kenyataan itu,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Pada 26 Mei lalu, pemilik akaun Facebook ‘Siti Kasim’ memberi kenyataan mengenai isu penjualan arak.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan: