340 petugas barisan hadapan di Kuala Langat disaring

Seramai 340 petugas yang terlibat dalam penugasan PKP secara pentadbiran di daerah Kuala Langat disaring hari ini.
Seramai 340 petugas yang terlibat dalam penugasan PKP secara pentadbiran di daerah Kuala Langat disaring hari ini.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seramai 340 petugas barisan hadapan yang bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang di sini telah menjalani saringan Covid-19 hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, proses saringan itu dijalankan bermula jam 10.30 pagi.

"Kesemua petugas terlibat adalah daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, IPD KLIA, IPD Petaling Jaya, IPD Subang Jaya, IPD Gombak, IPD Kajang, IPD Klang Selatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

"Dijangkakan keputusan ujian saringan ini diperoleh pada Jumaat ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azizan berkata, saringan ini dibuat sebagai satu proses memastikan pegawai dan anggota berkenaan bebas daripada wabak Covid-19 sebelum balik ke penugasan masing-masing.

Seramai 340 petugas yang terlibat dalam penugasan PKP secara pentadbiran di daerah Kuala Langat disaring hari ini.
Seramai 340 petugas yang terlibat dalam penugasan PKP secara pentadbiran di daerah Kuala Langat disaring hari ini.

Katanya, satu taklimat juga telah diambil sebelum proses saringan dibuat.

Terdahulu, kawasan terbabit telah dikenakan PKP secara pentadbiran bermula 2 Jun sehingga 16 Jun berikutan 20 warga asing yang merupakan pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang didapati positif pada 28 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

Perintah itu sekali gus menjadikan ia sebagai kawasan terbesar yang dikenakan PKP secara pentadbiran di Malaysia dengan pemasangan kawat duri terpanjang dengan jarak 4.1 kilometer.

Selain itu, anggaran keluasan yang terlibat adalah seluas 107 ekar dengan perimeter 4,100 meter dan membabitkan 1,752 rumah dengan anggaran penduduk seramai 9,000 orang.