Sila log masuk terlebih dahulu.

Huawei nova 7 SE telefon pintar 5G mampu milik pada harga RM1,499

No Image Caption
A
A
A

SIRI Huawei nova 7 merupakan jenama telefon pintar terbaharu dilengkapi 5G yang mampu milik. Apa yang membuatkan anda teruja pastinya harga peranti itu yang berbaloi hanya RM1,499 yang membuatkan jenama ini adalah telefon pintar 5G paling mampu dimiliki di Malaysia!

Nikmati Ganjaran Tiga Kali Ganda dengan Siri Huawei nova 7 bermula 19 Jun.

No Image Caption

Dengan setiap pembelian Siri Huawei nova 7 yang hanya berharga RM1,499, anda bakal memiliki hadiah percuma seperti Huawei Band 4, Huawei Cloud Storage – 15GB untuk setahun, sarung telefon nova, Huawei Video (di bawah kategori DimSum) untuk tiga bulan dan mata ganjaran Member Center sehingga RM1,000. Kesemua hadiah percuma ini bernilai sehingga RM1,256!

Pembeli juga bakal menikmati ganjaran berupa hadiah percuma pada Karnival Huawei AppGallery 2020 di mana hadiah cabutan bertuah sempena Karnival berkenaan berupa sebuah kereta Proton X70.

Bersesuaian dengan keupayaan teknologi inovatif dan reka bentuk terkini, Siri HUAWEI nova 7 terbaharu dicipta untuk pengalaman terbaik kepada pengguna dengan kesemua penampilannya yang begitu mengasyikkan.

Pengurus Jenama Huawei nova, Isabel Koh hanya inginkan masa anda empat minit sahaja bagi memberi gambaran terbaik mengapa model terbaharu dalam keluarga nova ini mampu mencerikan kehidupan harian anda. Segalanya akan terungai bila anda menonton video di bawah ini:

7 sebab mengapa anda tidak mampu menolak godaan Huawei nova 7

1. Warna penuh bergaya sesuai dengan keunikan personaliti anda

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Tarikan utama bagi mereka yang mementingkan penampilan kepada dunia media social mereka, Huawei nova 7 SE terbaharu ini tampil dengan pelbagai warna yang pasti mengujakan pandangan mata. Dilengkapi dengan lamina warna, model Silver Space memaparkan rekaan tiga kecenderungan warna unik yang melalui proses penciptaan terkini, menghasilkan model Siri Huawei nova 7 memiliki kilauan pada perseptif berbeza. Warna-warna lain termasuklah Crush Green dan Midsummer Purple. Jadi anda tak perlu pening kepala untuk mencari sarung telefon pintar yang sentiasa kelihatan cantik dan memukau pandangan mata.

2. Lebih ringan daripada alat solek anda

No Image Caption

Huawei amat mementingkan aspek berat kepada setiap telefon pintar keluaran mereka – kerana isu berat ini mempengaruhi keselesaan untik membawanya. Namun dalam membangunkan telefon pintar lebih ringan dan kecil, Huawei tidak pernah mengabaikan aspek keupayaan peranti itu sendiri.

Matlamat utama Siri Huawei nova 7 adalah untuk menghasilkan telefon bimbit yang berprestasi tingggi dan keupayaan fotografi terbaik dengan rentuk bentuk ringan serta nipis.

Oleh itu ini Siri Huawei nova 7 menampilkan reka bentuk sentris yang lebih minimum bagi perisian dan peralatan dalamannya bukan hanya bagi meningkatkan prestasi tetapi juga mengurangkan ruang penggunaan dalam pemproses telefon pintar berkenaan sehingga mengecilkan saiz paparan induk sesuai dengan reka bentuk yang ringan lagi nipis. Kini Siri Huawei nova 7 jadi lebih ringan berbanding alat solek anda!

3. Rakam lebih jelas dengan kamera 64MP AI Quad Camera

No Image Caption

Kamera adalah kelengkapan penting dalam setiap telefon pintar masa kini. Tidak kira sama ada untuk merakam saat-saat manis bersama keluarga mahupun untuk keperluan peribadi lain, pretasi kamera adalah elemen penting bagi mereka yang ingin membeli telefon pintar baharu.

Siri Huawei nova 7 disokong kuasa pemprosesan Kirin 820’s dan keupayaan AI yang kuat bagi memastikan penghasilan fotografi yang berkuaiti tinggi, rakaman waktu malam yang hebat dan kualiti video 4K yang jelas. Semuanya kerana kehebatan dan keistimewaan kamera 64MP(megapixels) AI Quad pada telefon pintar ini.

Bukan itu sahaja, Siri Huawei nova 7 memenuhi kesemua keperluan untuk fotografi terbaik kerana lensa ultra wide-angle, lensa makro dan lensa bokeh.

Golongan pengguna muda Huawei memang gemar berswafoto. Jadi bagi memenuhi keinginan mereka, Siri Huawei nova 7 dilengkapi kamera depan 16MP (megapixels) digabungkan dengan aperture besar f/2.0 bersama pixel bersaiz of 1.0 um, membolehkan ia merakam lebih banyak cahaya dan swafoto lebih jelas. Kamera depan juga disokong oleh Super Night Selfie 2.0 untuk rakaman swafoto bersama pencahayaan lebih rendah.

Gangguan juga dikawal oleh BM3D algorithms, di mana kejelasan dipacu pula oleh penyusunan bersama pelbagai frame.

Ia hanya mengambil masa dua saat untuk kamera menghasilkan potret yang mengagumkan.

4. Kongsi saat manis bersama Fungsi Dual-View

No Image Caption

Ketika melancong pastinya anda mahu merakamkan suasana indah di destinasi atau mahu membuat rakaman video majlis kejutan untuk teman rapat anda.

Tapi, bagaimana anda melakukannya? Menghentikan rakaman secara berterusan untuk membalikkan kamera dan mengeditnya pasti akan memakan masa lebih lama.

Usah risau, Huawei dapat menyelesaikan masalah anda! Siri Huawei nova 7 baharu disokong oleh Fungsi Video Dual Pandangan yang memberi kelebihan untuk kamera depan dan belakang untuk merakam imej bagi kedua-dua sisi.

Kamera belakang turut merangkumi lensa makro untuk rakaman jarak dekat membolehkan subjek dihasilkan dengan cantik bagi memastikan setiap momen penting tidak terlepas.

5. Selamat tinggal power bank dengan Pengecasan Super Laju 40W nova 7 Series

No Image Caption

Anda tidak perlu risau jika bateri telefon pintar akan hampir kehabisan kuasa ketika sedang merakam konsert atau bersiar-siar bersama rakan-rakan di pusat membeli belah. Ini kerana Siri Huawei nova 7 dilengkapi dengan bateri bersaiz besar 4000mAh dan Pengecasan Super Laju 40W yang membolehkan telefon pintar anda dicas sebanyak 70 peratus dalam masa 30 minit sahaja.

Jadi, anda boleh bergembira dan menghabiskan masa melakukan banyak perkara dengan bantuan pengecas super laju ini serta sudah tiba masanya untuk anda tinggalkan power bank.

6. Tetapan untuk masa depan: Telefon pintar 5G paling mampu milik di Malaysia

No Image Caption

Ditetapkan sebagai telefon pintar kelas pertengahan di Malaysia dengan teknologi 5G, Siri Huawei nova 7 amat berbaloi untuk poket anda.

Mana tidaknya, dengan keunikan sentuhan reka bentuk, kualiti fotografi premium, kemampuan prestasi video dan keupayaan tingginya, Siri Huawei nova 7 berharga kurang daripada RM2,000! Tidakkah ia berbaloi kerana anda mendapat segala yang terbaik dengan harga mampu milik.

7. Perkongsian lebih mudah dengan HUAWEI Share dan MeeTime

No Image Caption

Ada ketikanya kita berdepan kesukaran untuk berkonsi dokumen atau slaid perbentangan semasa mesyuarat mahupun dalam kelas. Bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah itu hanya dengan sentuhan di hujung jari?

Siri Huawei nova 7 merupakan penyelesaian terbaik kerana telefon pintar terbaharu ini dilengkapkan dengan MeeTime yang disokong oleh panggilan video berkualiti 1080p FHD antara peranti Huawei.

Dengan kelebihan teknologi pengenalan wajah Huawei mengoptimumkan kualiti gambar untuk meningkatkan persembahan pencahayaan rendah dalam memastikan kecerahan pada subjek.

Disamping Huawei Share yang memaparkan ciri perkongsian fail, pengguna boleh merasai pengalaman kelancaran pengalihan fail-fail antara dua peranti.

HUAWEI FreeBuds 3i – Tinggal pakai dan sedia untuk disambung dengan Siri HUAWEI nova SE

No Image Caption

HUAWEI FreeBuds 3i yang terbaharu dan dipertingkatkan ini datang dalam bentuk kon yang ergonomic bagi penggunaan berpanjangan yang selesa. Bakal dilancarkan pada 19 Jun, ia boleh disambungkan dengan Huawei nova 7 SE dan berharga RM399.

Huawei AppGallery

Dengan semua ciri luar biasa ini untuk memberikan anda pengalaman moden, menghiburkan dan memuaskan untuk hampir keseluruhan aplikasi kegemaran seperti Maybank2U, Shopee, Lazada, Facebook dan lain-lain yang digunakan oleh masyarakat Malaysia tersedia di Huawei AppGallery bersama Huawei nova 7 Series sekarang.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Raikan dengan Karnival Huawei AppGallery 2020

Salah satu perayaan terbesar, Karnival Huawei AppGallery 2020 kini kembali!

Bermula pada 19 sehingga 30 Jun ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran hebat dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM2 juta menanti anda!

Tawaran menarik ini boleh direbut di semua Kedai Pengalaman Huawei (HES), Ganjaran hadiah yang luar biasa ini termasuk juga tiga Proton X70s dan 500 skuter elektrik sedia menanti pelanggan bertuah.

Jika tidak boleh menunggu sehingga 19 Jun, anda boleh pergi ke HUAWEI Store

Jadi, tunggu apa lagi? Rebut peluang ini dan anda mungkin pulang dengan memandu kereta baharu!

Ganjaran Huawei Member Center

Ada lagi berita menggembirakan buat peminat Huawei! Dengan setiap pembelian Huawei nova 7 SE, pelanggan dapat menikmati hidangan enak bernilai lebih dari RM1000!

Dengan rakan kongsi seperti AirAsia Big, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada dan banyak lagi, Huawei nova 7 SE memiliki nilai ganjaran berterusan.

Huawei juga mempunyai satu lagi hadiah iaitu Baucer Diamone Royale

Langkah penebusan:

1. Buka Huawei AppGallery > Pilih tab 'Hadiah'> Tuntutan hadiah 'Diamond Royale' Percuma> salin kod

2. Pergi ke https://reward.ff.garena.com > Log masuk ke akaun Fire Free anda > Masukkan kod penebusan > Klik 'Confirm'

Kunjungi Kedai Huawei atau Kedai Pengalaman Huawei (HES) terdekat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Huawei nova 7 SE.

No Image Caption

Lebih menarik lagi, Huawei turut melancarkan pelan ansuran bermula dari RM5.20 sehari untuk meringankan bebanan poket anda. https://huaweitogether2020.3ex.com.my/

Tandakan kalendar anda dan tetapkan peringatan kerana semua ini akan berlaku mulai 19 Jun di seluruh negara!

No Image Caption

Maklumat lanjut mengenai Huawei nova 7 Series, layari HUAWEI NOVA 7 SE