Remaja ditahan bakar motosikal bapa

Dua remaja ditahan kerana disyaki membakar motorsikal milik bapa salah seorang suspek.
Dua remaja ditahan kerana disyaki membakar motorsikal milik bapa salah seorang suspek.
A
A
A

KULIM - Berang motosikal milik bapanya sering rosak, seorang remaja bersama rakannya bertindak membakar kenderaan itu di tepi Jalan Taman Ria, Padang Serai hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, bagaimanapun kedua-dua remaja masing-masing berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan polis selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Salah seorang remaja mengaku membakar sebuah motosikal milik bapanya di tepi jalan Taman Ria Padang Serai pada jam 6.30 pagi.

"Hasil semakan lanjut di lokasi kejadian, terdapat sebuah motosikal dalam keadaan terbakar," katanya.

Menurut beliau, kedua-dua remaja itu ditahan dan motosikal dirampas untuk tindakan lanjut.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

"Semakan mendapati salah seorang remaja mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala seorang lagi berkaitan kes pecah rumah," katanya.

Artikel Berkaitan: