X

Kindly register in order to view this article
!

'Pau untuk Aunty Ah Siong'

Nik Ezanee beramah mesra dengan seorang wanita warga emas. - Foto Ihsan FB Polis Daerah Petaling Jaya.
A
A

PETALING JAYA – Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal meluangkan masa menziarahi seorang wanita warga emas yang seringkali memberinya pau perisa pandan ketika beliau masih kanak-kanak.

Nik Ezanee berkata, ibu bapanya memaklumkan wanita tersebut membawa bungkusan pau ketika datang bekerja di syarikat keluarganya.

“Kali terakhir, saya bertemu dengan wanita yang dikenali sebagai Ah Siong itu kira-kira 30 tahun lalu.

"Wanita berkenaan merupakan penyelia di syarikat ibu bapa saya di Seapark,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Video yang dimuat naik di Facebook rasmi Polis Daerah Petaling Jaya menunjukkan Nik Ezanee berkunjung ke rumah wanita berkenaan hari ini.

Nik Ezanee turut membawa bungkusan pau untuk diberikan kepada wanita berkenaan.

Nik Ezanee memaklumkan wanita itu masih mengenalinya dan seringkali mengikuti perkembangan kerjayanya.

“Dia masih ingat saya, dia mengikuti perkembangan tentang saya di media massa, malah turut menyimpan keratan berita mengenai saya.

"Ia benar-benar mengejutkan saya,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!