Gangguan bekalan air di Seremban, Jelebu Selasa depan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Seluruh kawasan Seremban dan sebahagian besar kawasan di Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai jam 8 pagi, Selasa depan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail berkata, gangguan bekalan air sehingga jam 8 pagi pada hari berikutnya itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Trip dan kerja penyambungan paip di kolam air Pasoh serta pam penggalak Air Baning.

"Di Seremban antara kawasan terjejas ialah seluruh kawasan daerah Seremban, Mambau, Rasah, Rahang, Temiang, Lobak, Templer, Seremban 2, Seremban 3, Desa Rhu, Ampangan, Senawang, Paroi, Jalan Tampin dan Sungai Gadut.

"Di Jelebu pula melibatkan seluruh kawasan Pasoh 1, 2, 3 dan 4, seluruh mukim Pertang (Simpang Pertang, Pekan Pertang, kawasan industri Simpang Pertang, Kampung Orang Asli Batu 17, Kampung Orang Asli Kampung Gong dan Geylang)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norzita berkata, bekalan air akan disambung semula secara berperingkat selepas waktu yang dinyatakan namun beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan lebih lama dan pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama

Artikel Berkaitan: