X

Kindly register in order to view this article
!

Bina semula hubungan pencapaian 100 hari Kementerian Luar

Hishammuddin (depan, tengah) ketika Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-Rusia secara persidangan video di Putrajaya. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Membina semula hubungan dua hala dengan negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, India dan China dalam tempoh 100 hari adalah antara pencapaian yang membanggakan buat Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam tempoh 100 hari menerajui kementerian itu, beliau juga melihat kejayaan Wisma Putra membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

"Ramai rakyat Malaysia dibawa balik, jumlahnya lebih 20,000 dari 70 negara. Itu fakta dan orang tidak boleh menafikan kejayaan Wisma Putra dalam masa 100 hari," katanya dalam sidang akhbar ketika ditanya mengenai pencapaian 100 hari beliau di Wisma Putra selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar ASEAN-Rusia berhubung Covid-19 di sini.

Hishammuddin berkata, laporan kejayaan 100 hari secara menyeluruh akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Dalam tempoh 100 hari itu juga, Hishammuddin secara peribadi berusaha meletakkan Wisma Putra dan warganya sebagai barisan hadapan yang penting dalam proses pembinaan negara.

"Dalam dunia yang tiada sempadan, peranan warga Wisma Putra diharap akan diiktiraf lebih lagi di bawah kepimpinan saya," katanya.

Mengenai pergerakan rakyat di antara Malaysia dan Singapura, Hishammuddin berkata, perkara itu perlu diperhalusi bersama rakan sejawatannya Dr Vivian Balakrishnan sebelum satu kaedah yang konstruktif dapat diumumkan.

Menurutnya, terdapat 20,000 rakyat Malaysia di Singapura yang dikuarantin dan 250,000 rakyat yang bergerak di antara kedua-dua negara setiap hari. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!