Tempoh 100 hari paling mencabar

Dr Wan Junaidi (tiga dari kanan) pada Sesi Amanat dan Serahan 100 Hari Pencapaian MEDAC di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kementerianya di Putrajaya.
Dr Wan Junaidi (tiga dari kanan) pada Sesi Amanat dan Serahan 100 Hari Pencapaian MEDAC di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kementerianya di Putrajaya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengakui 100 hari yang dilalui sebagai peneraju kementerian yang memberi fokus utama terhadap golongan usahawan itu adalah tempoh yang sangat mencabar.

Ini kerana katanya, ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pentadbiran negara lebih tiga bulan lalu, Malaysia sedang berdepan wabak koronavirus (Covid-19) yang sehingga kini usaha memerangi wabak itu masih lagi berterusan.

"Sebenarnya, 100 hari yang amat mencabar kerana kita berada dalam situasi yang berlainan yang mana kita tidak boleh bergerak melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita secara normal.

"Jadi itulah 100 hari yang sangat mencabar sekali khususnya dalam minggu-minggu pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

"Kita sendiri masih tercari-cari apa yang hendak dibuat, macam mana untuk buat pekerjaan. Jadi dalam keadaan sedemikian maka 100 hari ini begitu mencabar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Sesi Amanat dan Serahan 100 Pencapaian Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kementeriannya di sini.

Wan Junaidi berkata, meskipun berdepan dengan krisis Covid-19 yang hampir melumpuhkan ekonomi negara, namun kerajaan melalui MEDAC tetap melaksanakan pelbagai program untuk membantu memulihkan kembali bidang keusahawanan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hala tuju selepas 100 hari menjadi anggota Kabinet, Dr Wan Junaidi berkata, buat masa ini beliau ingin melihat terlebih dahulu berapa lama yang diambil negara untuk keluar daripada krisis Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Saya hendak tengok apakah kesan Covid-19 ini, berapa cepat kita boleh keluar daripada keadaan gencatan Covid-19 ini menerusi tindakan yang disaran di bawah Penjana yang disebut oleh Perdana Menteri (Muhyiddin)," katanya.