Dua buruh dicekup bersama pil yaba bernilai RM30,000

Sebanyak 2,000 biji pil yaba bernilai RM30,000 berjaya dirampas oleh polis selepas menahan seorang buruh di tepi jalan Kampung Senor, Meranti.
Sebanyak 2,000 biji pil yaba bernilai RM30,000 berjaya dirampas oleh polis selepas menahan seorang buruh di tepi jalan Kampung Senor, Meranti.
A
A
A

PASIR MAS - Sebanyak 2,000 biji pil yaba bernilai RM30,000 berjaya dirampas oleh polis selepas menahan dua buruh di tepi jalan Kampung Senor, Meranti di sini malam tadi.

Serbuan pada jam 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Dadah (BSJND) Pasir Mas dan berjaya menahan dua suspek berusia antara 38 dan 24 tahun menerusi Op Narkotik.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek dan motosikal yang dinaiki mereka membawa kepada penemuan bahan terlarang itu.

"Kedua-dua suspek yang ditahan ini merupakan buruh.

"Salah seorang daripada mereka yang berusia 38 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, sejurus ditangkap kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Katanya, saringan air kencing ke atas suspek mendapati kedua-dua mereka negatif dadah.

Mohamad Roy Suhami berkata, kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihak polis akan melipat gandakan Op Narkotik dalam usaha membendung pengedaran dadah di daerah ini.