Pemandu lori maut dihempap balak

No Image Caption
A
A
A

SEMENYIH - Seorang pemandu lori maut dihempap kayu balak di sebuah kilang di Jalan Baru Broga di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 11.24 pagi itu, mangsa berusia 46 tahun itu sedang membuka rantai besi yang mengikat kayu di bahagian belakang lori sebelum balak menggelongsor ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

"Mangsa merupakan pemandu lori dari syarikat yang berpengkalan di Pahang.

"Lelaki itu bergerak dari Pahang kira-kira jam 2 petang semalam dan sampai di kilang tersebut pada jam 8 pagi tadi,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih Mohamad Darul Azreen Md Desa memaklumkan pihaknya mengeluarkan mayat mangsa dengan menggunakan ‘air lifting bag’ dan bantuan jentolak kilang tersebut.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan: