Covid-19: 10 kes baharu, 140 pulih

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Malaysia hari ini merekodkan sebanyak 10 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu meningkat kepada 8,515 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 10 kes baharu itu, empat kes membabitkan kluster warga emas Kuala Selangor.

"Ingin dimaklumkan, tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Daripada 10 kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warganegara manakala tujuh kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia," katanya pada sidang media situasi semasa jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan kes pulih terus meningkat kepada 7,873 kes selepas 140 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Katanya, sehingga kini, sebanyak empat kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Artikel Berkaitan: