Medan terbaik pemain futsal PP

Abd Hafiz (enam, kiri) bersama wakil lapan pasukan dari seluruh negeri Pulau Pinang yang menyertai Liga Futsal Kovra DFZ 2019. - Foto ABD HALIM
Abd Hafiz (enam, kiri) bersama wakil lapan pasukan dari seluruh negeri Pulau Pinang yang menyertai Liga Futsal Kovra DFZ 2019. - Foto ABD HALIM
A
A
A

LIGA Futsal Kovra DFZ 2019 menjadi medan terbaik buat pemain-pemain futsal di Pulau Pinang mempamerkan kebolehan mereka dan persiapan awal diserapkan ke dalam pasukan futsal negeri jika terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif DFZ Agency Sdn Bhd, Abd Hafiz Abd Majid berkata, lapan pasukan futsal terbaik dari seluruh Pulau Pinang telah dijemput menyertai kejohanan futsal yang telah memasuki penganjuran kali kedua tersebut.

Menurutnya, lapan pasukan tersebut adalah Kelab Futsal Jalan Mengkuang, Fatteh FC, Kench United, Court Fire FC, Courts Fighters, Qwerthy FC, Kita2 FC dan FC5.

"Objektif liga ini adalah untuk mengcungkil bakat atau muka baharu dan pada waktu yang sama dapat memberikan pengalaman yang berguna kepada semua pemain yang menyertai pertandingan kompetitif seumpama ini.

"Kami cuba membangunkan pemain-pemain ini agar dapat diserapkan ke pasukan mana-mana negeri selepas diperhatikan terutamanya pasukan futsal Pulau Pinang," katanya selepas merasmikan pembukaan liga tersebut di Di Safira Futsal Planet Seberang Jaya, dekat sini.

Menurutnya, penganjuran liga yang pertama kali diadakan bermula pada 2018 adalah kerjasama pihaknya dengan syarikat pakaian jersi, Kovra.

"Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang banyak mengeluarkan bakat-bakat pemain futsal dan kita berharap usaha kita ini akan terus memastikan bakat dari negeri ini tidak ketandusan," katanya.

Abd Hafiz berkata, pihaknya juga turut fokus membangunkan akademi sepak takraw dan bolasepak di Pulau Pinang bagi melahirkan lebih ramai pelapis pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

"Sokongan yang ditunjukkan oleh penonton dan masyarakat sekitar sangat mengalakkan dan sebab itulah kami bersemangat untuk terus membangunkan sukan-sukan ini," katanya.

Liga tersebut juga adalah persediaan awal bagi menghadapi Liga Profesional Futsal Kebangsaan 2019 yang bakal bermula pada April depan.