X

Kindly register in order to view this article
!

KPDNHEP Kelantan sita 18,400 kg minyak masak bersubsidi

KPDNHEP Kelantan menyita 18,400 kg minyak masak bersubsidi di sebuah premis di Kampung Pondok Lubuk Tapah.
A
A

PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menyita 18,400 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi di sebuah premis di Kampung Pondok Lubuk Tapah di sini, semalam.

Serbuan jam 10 pagi itu turut disertai oleh Pasukan Audit dan Naziran, KPDNHEP Putrajaya.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan di premis berkenaan membawa kepada penemuan stok minyak masak bersubsidi yang disimpan melebih had.

"Walaupun mempunyai lesen yang sah, namun pemborong tersebut telah melanggar peraturan apabila menyimpan stok dalam kuantiti yang banyak dan melebihi had.

"Jika sabit kesalahan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Menurutnya, kejayaan ini menguatkan lagi semangat KPDNHEP Kelantan untuk melipat gandakan operasi membendung penyelewengan barangan bersubsidi.

Katanya, KPDNHEP Kelantan juga akan menjalinkan kerjasama erat di antara agensi penguatkuasaan di sempadan Malaysia-Thailand dalam memastikan kawalan sentiasa diperketatkan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti penyeludupan khususnya di kawasan sempadan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!