Sektor kewangan Islam cecah RM3 trilion

Malaysia adalah pasaran ketiga terbesar bagi produk kewangan Islam global dan penerbit sukuk terbesar di dunia.
Malaysia adalah pasaran ketiga terbesar bagi produk kewangan Islam global dan penerbit sukuk terbesar di dunia.
A
A
A

SEKTOR kewangan Islam Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan dua digit sehingga mencecah hampir RM3 trilion pada tahun 2020 di bawah Pelan Induk Pasaran Modal kedua.

Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, industri dana Islam negara mempamerkan pertumbuhan yang memberangsangkan.

Menurutnya, setakat Mac tahun ini, dana syariah bernilai RM170 bilion mewakili 23 peratus daripada jumlah industri aset di bawah pengurusan (AUM) sementara nilai aset bersih unit (NAV) dana amanah syariah berjumlah RM99 bilion mewakili kira-kira 23 peratus daripada keseluruhan industri NAV.

“Promosi berterusan oleh industri pengurusan aset dapat membantu menyumbang kepada kesedaran lebih besar mengenai pelaburan syariah kepada sekumpulan pelabur yang lebih luas.

“Terdapat peluang yang lebih jauh untuk inovasi dan pengembangan produk bagi menyediakan rangkaian produk berasaskan syariah yang lebih meluas untuk industri ini,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan Maya Pelaburan Shariah 2020 di Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, Malaysia diakui semua sebagai yang terdepan dalam kewangan Islam menjadi peneraju dalam mempromosikan proposisi yang bertanggungjawab secara sosial berdasarkan nilai bersama dengan kewangan Islam.

Negara ini adalah pasaran ketiga terbesar bagi produk kewangan Islam global dan penerbit sukuk terbesar di dunia.

Pada 2019, Malaysia menduduki tempat pertama dari segi dana Islam AUM dengan 34 peratus penguasaan global.

Artikel Berkaitan:

Bursa Malaysia juga berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai pemimpin global untuk penyenaraian dan pelaburan syariah. - Bernama