Dakwa sakit, warga emas rempuh enam buah kenderaan

Enam buah kenderaan yang diparkir telah dirempuh Perodua Myvi yang dipandu seorang warga emas tengah hari tadi.
Enam buah kenderaan yang diparkir telah dirempuh Perodua Myvi yang dipandu seorang warga emas tengah hari tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Enam buah kenderaan termasuk yang berjenama mewah dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang warga emas, dalam kejadian tengah hari tadi.

Sewaktu kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kesemua kenderaan itu parkir di tempat meletak kenderaan di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Jalan Padang Kota Lama, di sini.

Perodua Myvi tersebut dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 60-an dipercayai tidak dapat mengawal kenderaannya sebelum merempuh enam kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya,berdasarkan siasatan awal warga emas tersebut mendakwa, sebelum kejadian, dia mengalami kesakitan menyebabkannya tidak dapat mengawal kenderaan dipandunya itu.

"Dia mendakwa berasa sakit dan disebabkan itu, dia tidak dapat mengawal kenderaannya lalu melanggar enam buah kenderaan yang parkir di tepi jalan.

Tindakan warga emas yang dilihat bersahaja dan menunjukkan isyarat tanda bagus selepas kejadian mendapat kecaman warga net di media sosial.
Tindakan warga emas yang dilihat bersahaja dan menunjukkan isyarat tanda bagus selepas kejadian mendapat kecaman warga net di media sosial.

"Bagaimanapun, kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan. Pemandu itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, satu klip video tular di media sosial berhubung kejadian tersebut yang melibatkan beberapa buah kenderaan antaranya jenis Honda, Lexus, Nissan dan Subaru.

Video berdurasi 1 minit 10 saat itu mendapat pelbagai komen daripada warga net apabila warga emas tersebut dilihat dalam keadaan tenang dan bersahaja sambil menghisap rokok seperti tiada apa yang berlaku.

Selain itu, perbuatan menunjukkan isyarat tangan tanda bagus ketika videonya dirakam juga mendapat kecaman daripada warga net.