X

Kindly register in order to view this article
!

Jumpa bangkai kucing dalam asrama

Bangkai kucing ditemui dalam bilik siswa.
A
A

SHAH ALAM - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini terkejut apabila menemui bangkai seekor kucing di dalam bilik kolej kediaman yang didiaminya.

Perkara itu dikongsi oleh pelayar Twitter @thechimchims yang kembali ke bilik itu selepas tiga bulan dibiarkan kosong berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, selain bangkai kucing, biliknya itu juga berselerak.

Keadaan bilik yang berselerak.
Keadaan bilik yang berselerak.

Katanya, sebelum beliau meninggalkan bilik itu keadaan bersih dan teratur.

"Masa tinggalkan bilik ini dalam keadaan bersih, bersepah mungkin kucing itu mengamuk kelaparan.

"Saya tidak pasti punca kucing itu terperangkap, mungkin rakan sebilik yang keluar atau warden buka pintu semasa PKP," ciapnya yang tular di laman sosial.

Pada hantaran itu, ramai mahasiswa turut berkongsi pengalaman dan nasib yang sama.

Kesan bangkai dipercayai tikus telah reput.
Kesan bangkai dipercayai tikus telah reput.

Ada yang memuat naik video menunjukkan bangkai kucing, tahi kelawar dan tikus telah reput.

Pelayar Twitter @NajibKhalil juga berkongsi keadaan bilik dipenuhi najis kucing.

Bukan itu sahaja @syakirsln turut menunjukkan biliknya telah bersepah seperti tongkang pecah dipercayai dimasuki monyet.

Keadaan bilik pelajar yang berselerak dipercayai dimasuki monyet.
Keadaan bilik pelajar yang berselerak dipercayai dimasuki monyet.

Bagaimanapun, pekongsian @nrelszx lebih menyedihkan apabila biliknya telah dipecah masuk hingga mengalami kerugian.

"Asrama siap kena pecah masuk lagi, laptop tabung barang-barang berharga lain semua hilang," katanya yang telah membuat laporan polis.

Difahamkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), mahasiswa IPT telah dibenarkan untuk pulang ke kolej kediaman mereka untuk mengambil barang secara berkelompok.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!