Orang awam digalak perbaharui LKM, lesen memandu

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggalakkan orang awam memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu selepas seluruh cawangannya dibuka sepenuhnya sejak 18 Mei lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, saranan itu dibuat bagi mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumum tamat kelak.

"Seperti diumumkan, orang awam diberi pengecualian perbaharui LKM dan lesen memandu sepanjang tempoh berkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tiada tindakan penguatkuasaan diambil.

"Namun kita galakkan untuk perbaharui sekarang bagi mengelakkan kesesakan jika PKP diumum tamat," katanya.

Menurutnya, setakat 14 Jun, sebanyak 2,119,653 kenderaan yang masih belum memperbaharui LKM dan 2,184,508 individu tamat lesen memandu.

"Kaunter JPJ beroperasi pada Sabtu dan Ahad separuh hari manakala di UTC dibuka sehingga 10 malam.

"Saya harap orang awam mengambil peluang ini untuk berbaharui LKM dan lesen memandu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sementara itu, Shaharuddin berkata, JPJ membuat perkhidmatan door-to-door bagi LKM dan lesen memandu menggunakan pos bermula 1 Julai ini.

Artikel Berkaitan:

"Jadi orang awam boleh memperbaharuinya melalui portal Mysikap dan penghantaran akan dibuat oleh pihak pos ke rumah anda," katanya.