X

Kindly register in order to view this article
!

Kilang tauhu haram beroperasi sejak 31 tahun lalu

Laporan Sinar Online kelmarin mengenai kilang tauhu yang beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan di Jalan Pudu Ulu, Cheras.
A
A

CHERAS - Kilang tauhu yang beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan di Jalan Pudu Ulu, di sini didapati menjalankan perniagaan secara haram sejak 31 tahun lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya turut mendapati proses pembuatan tauhu di premis terbabit dikendalikan 11 warga asing.

“Kilang itu beroperasi dari tahun 1989 dan tidak pernah ada lesen. Ada 11 warga asing masing-masing lima warga Bangladesh dan enam warga Myanmar

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan penutupan serta-merta ke atas premis tersebut selepas serbuan dilakukan kelmarin,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan sebuah kilang memproses tauhu di Jalan Pudu Ulu yang diserbu Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kilang proses tauhu menjijikkan!

Nor Hisham berkata, pihaknya turut menemui lipas di premis terbabit dalam operasi bermula jam 10 pagi itu.

Tidak cukup dengan itu, pemeriksaan dilakukan turut mendapati lantai dan dinding di ruang penyediaan serta pemprosesan tauhu kotor serta berdaki.

Selain pengendali tidak memakai kasut dan penutup kepala semasa memproses makanan, pengusaha juga didapati tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!