X

Kindly register in order to view this article
!

Dijel tiga bulan, denda RM10,000 kerana rasuah polis

Pegawai SPRM (kanan) mengiringi Usien (dua kanan) Muhammad Iqbal (tengah) dan Qasim (dua, kiri) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan merasuah pegawai polis, Jun lalu.
A
A

KUANTAN - Seorang pengawal keselamatan serta dua lelaki warganegara Pakistan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini kerana memberi rasuah kepada seorang pegawai polis, minggu lalu.

Hakim, Mohd Ghazali Mohamad Taib memerintahkan hukuman itu selepas Usein Mohd Nazeer, 23, dan dua warganegara Pakistan berkenaan, Qasim Ali, 35, dan Muhammad Iqbal Manzoor, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga tertuduh itu menjalani hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh didakwa memberi suapan sebanyak RM2,000 kepada Inspektor G Saravanaa sebagai dorongan supaya tiada tindakan diambil terhadap dua lagi lelaki warga Pakistan yang juga anak kepada kepada Muhammad Iqbal.

Anak Muhammad Iqbal ditangkap pada 4 Jun lalu kerana disyaki melakukan kesalahan merentas sempadan negeri tanpa kebenaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Ketiga-tiga tertuduh melakukan kesalahan itu di bilik Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bera kira-kira jam 12.15 tengah hari pada 9 Jun lalu.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Undang-undang Malaysia Akta Nombor 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Sarah Zainal Abidin meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap semua tertuduh sebagai pengajaran kepada orang awam supaya tidak memberi suapan kepada mana-mana pihak.

"Sama ada nilai rasuah sikit atau banyak, hukuman akan tetap dikenakan terhadap mereka kerana terlibat dengan jenayah rasuah," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!