Berpantang maut sebelum ajal

Keadaan kereta remuk selepas dirempuh sebuah lori dari belakang dan terhimpit di antara dua buah lori. - Foto Daily Mail
Keadaan kereta remuk selepas dirempuh sebuah lori dari belakang dan terhimpit di antara dua buah lori. - Foto Daily Mail
A
A
A

XIANYOU - Dua wanita bernasib baik kerana masih terselamat walaupun terlibat dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kenderaan di Xianyou, China.

Lapor Daily Mail, kejadian berpunca selepas sebuah lori gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum melanggar belakang kereta milik mangsa yang berada di hadapan.

Berikutan rempuhan kuat dari belakang, kereta itu terhimpit di tengah antara dua lori.

Menurut polis tempatan, pemandu lori tersebut dipercayai tidak perasan terdapat sebuah kereta di hadapan sebelum merempuhnya.

"Bagaimanapun mangsa yang merupakan seorang guru mengalami cedera ringan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan polis," katanya.

Terdahulu tular di laman sosial, video berdurasi 14 saat yang memaparkan kejadian ngeri itu yang sehingga kini ditonton lebih 248,500 pelayar internet.