Bayern Munich sahkan kejuaraan Bundesliga di Bremen

Antara aksi pertemuan Bayern Munich menentang Werder Bremen di Stadium Weser.
Antara aksi pertemuan Bayern Munich menentang Werder Bremen di Stadium Weser.
A
A
A

JARINGAN tunggal penyerang sensasi, Robert Lewandowski sudah cukup mengesahkan status kejuaraan Bundesliga sekali lagi kekal di kabinet Bayern Munich buat kali kelapan berturut-turut.

Gol jaringan penyerang antarabangsa Poland itu membolehkan Bayern mengatasi Werder Bremen 1-0 di Stadium Weser sekali gus juga kejuaraan ke-30 liga utama Jerman kelab berkenaan.

Bagaimanapun, jaringan ke-31 gol yang hadir penghujung babak pertama tidak meletakkan kelab itu dalam tempoh masa selesa apabila kehilangan Alphonso Davies yang menerima kad kuning kedua berbaki 11 minit perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan pengendali Hansi Flick yang menggantikan Niko Kovac sebelum ini meraih kejuaraan tertinggi liga Jerman pertama pada musim sulungnya di Munich.

Kovac sebelum ini disingkirkan Bayern pada November lalu selepas gergasi Jerman itu diaibkan Eintracht Frankfurt 5-1.

Artikel Berkaitan: