Bintang K-Pop Top Secret, Yohan meninggal dunia

Mendiang Yohan
Mendiang Yohan
A
A
A

AHLI kumpulan K-Pop Top Secret (TST), Yohan disahkan meninggal dunia semalam pada usia 28 tahun.

Bagaimanapun punca kematian penyanyi itu tidak didedahkan, lapor Koreaboo.

Agensi yang mewakili kumpulan itu, KJ Music Entertainment mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan.

“Kami bawa khabar mendukacitakan. Ahli TST, Yohan, meninggal dunia pada 16 Jun.

“Keluarga mendiang amat sedih ketika ini. Kami minta pihak media hentikan penyebaran khabar angin dan spekulasi berhubung punca kematiannya.”

Mendiang membuat kemunculan pertama pada 2015 bersama kumpulan NOM sebelum menyertai TST pada 2017.

TST mengeluarkan album 'Countdown' pada Januari lalu.

Gambar terakhir yang dimuat naik oleh Yohan dua minggu lalu di akaun Instagramnya dan kini ruang komen dipenuhi kata-kata sedih daripada peminat di atas pemergian bintang kesayangan mereka.

Artikel Berkaitan:

Peminat juga berkongsi ulang tahun kelahiran mendiang pada 16 April lalu.

Upacara pengebumiannya akan berlangsung di Tanah Perkuburan Taman Katolik Yongin pada 18 Jun ini.