X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 26 Mei 2022

Hino, Handal Indah uji bas mini lantai rendah

Ujian dilakukan selama sebulan bermula dari 15 Jun hingga 12 Julai ini di Laluan 10B di Johor Bahru, Johor.
A
A

Hino Motors Sales Sdn Bhd (Hino Malaysia) telah menjalin kerjasama dengan Handal Indah Sdn Bhd (Handal Indah) untuk menguji bas mini lantai rendah model Hino Poncho di Johor Bahru, Johor.

Bas mini sepanjang tujuh meter itu akan digunakan untuk operasi percubaan selama sebulan bermula dari 15 Jun sehingga 12 Julai ini di kawasan kendalian Harta Indah melibatkan Laluan 10B iaitu Bandar Johor Bahru, Sentosa, Pandan, Taman Daya dan Taman Setia Indah.

Pengarah urusan Hino Malaysia, Atsushi Uchiyama berkata, Hino Poncho adalah penyelesaian untuk meluaskan laluan baharu yang tidak dapat diakses kerana ketiadaan bas mini lantai rendah.

“Saiznya yang kecil menjadikannya mudah bergerak melalui jalan bandar yang sempit dan kawasan perumahan.

“Lantainya yang rendah pula memudahkan penumpang warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya berkerusi roda menaikinya,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Hino merupakan pengeluar jentera berat dan ringan komersial yang berasal dari Jepun manakala Handal Indah pula ialah syarikat pengendali pengangkutan awam yang menguruskan perkhidmatan bas Causeway Link di Johor Bahru.

Kedua-dua syarikat berkenaan pernah bekerjasama melakukan percubaan bas lantai rendah hibrid sepanjang 10.5 meter di Iskandar Puteri pada 2017.

Atsushi berkata, pihaknya teruja kerana dapat bekerjasama sekali lagi dengan Handal Indah untuk menyokong sistem pengangkutan awam yang bersih dan ekonomik.

“Ia merupakan pilihan yang jelas untuk bekerjasama sekali lagi dengan Handal Indah untuk percubaan Hino Poncho di Johor Bahru,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!