X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini dan seiring dengan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.0 mata kepada 1,525.71 daripada paras 1,517.71 pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 10.27 mata lebih tinggi kepada 1,527.98.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 334 berbanding 79 manakala 233 lain tidak berubah, 1,271 tidak didagangkan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 453.21 juta unit bernilai RM177.89 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Rakuten Trade berkata, FBM KLCI kekal pada landasan kukuh dengan jangkaan berada dalam lingkungan 1,515 hingga 1,525 pada hari ini.

"Bagaimanapun, ramai yang terus mengikuti rapat perkembangan di Semenanjung Korea ketika ketegangan terus meruncing," katanya.

Pasaran saham AS mencatat pergerakan tidak menentu semalam sebelum ditutup lebih tinggi susulan sentimen optimis dengan harapan ekonomi mampu pulih tidak lama lagi.

Indeks Purata Dow Jones didagangkan dalam julat 800 mata namun ditutup menokok 526 mata sekitar 26,300.

"Oleh itu, kami percaya pasaran serantau akan terus mencatat peningkatan ketika momentum belian tidak terjejas," kata Rakuten Trade.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing untung empat sen kepada RM7.80 dan RM6.59, Public Bank meraih enam sen kepada RM16.48, Top Glove meningkat 16 sen kepada RM16.12, Maxis naik satu sen kepada RM5. 32 namun IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.43 dan TNB rugi empat sen kepada RM11.96.

Bagi saham aktif, Vsolar dan Opensys masing-masing naik setengah sen kepada 5.5 sen dan 68.5 sen, KNM naik 1.5 sen kepada 24.5 sen, Velesto dan Icon Offshore tidak berubah pada 16 sen dan 12.5 sen, Ucrest dan Bumi Armada turun setengah sen kepada 20.5 sen dan 24 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menokok 64.67 mata kepada 10,732.61, Indeks FBMT 100 meningkat 62.72 mata kepada 10,590.79 dan FBM 70 meraih 107.32 mata kepada 13,186.4.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 60.76 mata kepada 12,163.28 manakala FBM ACE naik 83.17 mata kepada 5,980.3.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.37 mata kepada 136.14, Indeks Perladangan meningkat 38.68 mata kepada 6,785.71 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 76.86 mata kepada 13,157.98. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!