Pendaki hilang 10 hari ditemui selamat

Yang Hsin-cheng ditemui selamat selepas 10 hari dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Peng Chi, Taiwan semalam.
Yang Hsin-cheng ditemui selamat selepas 10 hari dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Peng Chi, Taiwan semalam.
A
A
A

TAIPEI - Seorang pendaki ditemui selamat selepas 10 hari hilang ketika mendaki sebuah gunung di daerah Pingtung, selatan Taiwan semalam.

Menurut pihak bomba, Yang Hsin-cheng,52, ditemui terbaring berhampiran air terjun di Sungai Knifetail oleh pasukan penyelamat.

Katanya, ketika ditemui Hsin-cheng berada di dalam keadaan sedar dengan luka di bahagian kepala sebelum dikejarkan ke sebuah hospital.

Terdahulu, Hsin-cheng dilaporkan hilang pada petang 6 Jun oleh rakan-rakannya yang bersama-sama mendaki Gunung Peng Chi pada pagi itu.

Difahamkan, Hsin-cheng terpisah daripada 14 pendaki lain dan hanya disedari ketika aktiviti mendaki itu tamat.

Susulan daripada itu, rakan karibnya menawarkan hadiah bernilai AS$66,889 (RM286,151) kepada sesiapa yang berjaya menemui Hsin-cheng sama ada dalam keadaan masih hidup ataupun mati. - Agensi

Artikel Berkaitan: