Tembak diri sendiri depan rumah

Pasukan polis sedang menjalankan siasatan
Pasukan polis sedang menjalankan siasatan
A
A
A

DUNGUN - Tekanan keterlaluan dipercayai menjadi punca seorang peniaga bertindak menembak dirinya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Raya, Paka di sini, hari ini.

Lelaki berusia 59 tahun itu menembak bahagian leher menggunakan selaras senapang patah jenis Shotgun Benelli Vinci dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi.

Mangsa ditemui mati terduduk di atas kerusi di bahagain luar rumahnya.
Mangsa ditemui mati terduduk di atas kerusi di bahagain luar rumahnya.

Jirannya, Muhamad Danish Jamaludin, 21 berkata, sewaktu kejadian dia berada di dalam rumah sebelum dikejutkan dengan satu letupan kuat dan menyangkakan mangsa meletupkan mercun untuk menghalau anjing liar.

"Sebelum itu dia (mangsa) ada memasang mercun untuk halau anjing, saya fikirkan letupan kuat itu bunyi mercun tapi selepas itu saya lihat ramai orang di hadapan rumahnya dan terdengar tangisan kuat isterinya.

"Bila pergi di halaman rumahnya, mangsa terduduk di atas kerusi di bahagian luar rumah dan sudah meninggal dunia. Melihat mangsa sudah tidak bernyawa, seorang lagi jiran menghubungi polis," katanya.

Menurutnya, malam sebelum kejadian dia ada menegur mangsa yang sedang membaiki kereta di hadapan rumah tetapi pertanyaannya tidak dibalas.

"Memang penduduk di sini sedia maklum, mangsa mengalami tekanan sejak kebelakangan ini. Tidak tahu pula apa punca mungkin masalah keluarga atau perniagaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Terdapat kesan tembakan jarak dekat di bahagian leher sebelah kanan dan kepala mangsa dalam keadaan terdongak ke atas.

"Berdasarkan temubual dengan isteri mangsa yang berusia 61 tahun, dia mengakui mangsa hadapi tekanan berkaitan masalah perniagaan," katanya.

Menurutnya, pasukan forensik ke lokasi kejadian dan berdasarkan siasatan tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kes yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut itu.