Calon PM Pakatan Harapan masih belum dimuktamadkan

Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution
A
A
A

SHAH ALAM - Perbincangan mengenai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) masih belum dimuktamadkan dan akan diumumkan selepas keputusan dicapai.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menghormati pandangan dan komen pelbagai mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, perbincangan masih lagi dilakukan di antara komponen PH dan rakan-rakan pembangkang.

"Kenyataan rasmi tentunya akan dikeluarkan apabila keputusan muktamad dicapai," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi PH di sini malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perjumpaan pimpinan PH Plus hari ini

Tidak penting siapa PM, selamatkan negara jadi keutamaan: Amanah

Keputusan dimuktamadkan seminggu lagi: PH

Mengapa tidak umum sahaja Anwar sebagai PM?

Artikel Berkaitan:

Saifuddin berkata, beliau turut mengikuti beberapa laporan media berkait dengan calon Perdana Menteri PH.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak berasas dan bukannya dikeluarkan oleh PH mahupun PH Plus.

Hari ini, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mengesahkan tiada sebarang mesyuarat atau perjumpaan pimpinan PH dan sekutunya yang kini dikenali sebagai PH Plus di ibu pejabat PKR.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, kenyataan rasmi pimpinan akan dikeluarkan petang atau lewat hari ini.

Selasa minggu lalu, satu mesyuarat bersama pimpinan PH Plus berlangsung di ibu pejabat PKR dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan panel utama terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut menyertainya, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selain kepimpinan tertinggi setiap parti.

Perbincangan dikatakan berkisar pendirian setiap parti dalam soal mendapatkan semula mandat rakyat menjadi agenda utama. Dilaporkan perbincangan itu menampakkan kemajuan yang positif.

Mesyuarat itu juga dikatakan bagi mencapai persetujuan bersama berhubung calon Perdana Menteri pakatan politik itu, namun tiada kata putus diumumkan setelah tamatnya mesyuarat kira-kira tiga jam itu.