X

Kindly register in order to view this article
!

Putrajaya bandar bola sepak

Annuar (dua dari kiri) dan Hamidin (kanan) melawat pameran pada Majlis Pertukaran Dokumen Pembangunan Bandar Bola Sepak Presint 5 di antara Perbadanan Putrajaya, FAM, AFC dan AFF di Putrajaya hari ini. - Foto FAM
A
A

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar bola sepak hasil kerjasama antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Pembangunan bandar bola sepak di Presint 5 itu bakal menjadi mercu tanda dan pusat sehenti yang dilengkapi ibu pejabat pentadbiran FAM dan AFF serta sebuah Kompleks Latihan Pasukan Kebangsaan berdekatan di presint sama.

Perancangan itu dimanifestasi menerusi Majlis Pertukaran Dokumen Pembangunan Bandar Bola Sepak Presint 5 di antara Perbadanan Putrajaya, FAM, AFC dan AFF di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya hari ini.

Delegasi FAM diketuai Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin. Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

"Bandar bola sepak ini akan menjadi hab pembangunan bola sepak yang besar yang merangkumi ibu pejabat badan induk Asia, ASEAN dan Malaysia.

"Selain itu, ia turut dilengkapi stadium mini dan padang bola sepak yang mampu menampung program bola sepak di peringkat akar umbi sehingga kebangsaan," kata Hamidin.

Ibu pejabat baharu FAM itu berpandukan model terkini yang dilengkapi ruang pejabat yang boleh memuatkan 200 kakitangan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus