Giliran UiTM FC, Selangor 2 dapat lampu hijau

Ab Ghani Hassan
Ab Ghani Hassan
A
A
A

UiTM FC dan Selangor 2 akan mengikuti langkah Negeri Sembilan apabila menjadi pasukan Liga Malaysia (Liga M) seterusnya dapat memulakan latihan selepas saingan liga ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 sejak 16 Mac lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, keputusan membenarkan UiTM FC dan Selangor 2 kembali menjalani latihan selepas kedua-dua pasukan itu mengemukakan dokumen lengkap berkaitan empat perkara utama dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kepada MFL semalam.

Katanya, setakat semalam hanya UiTM FC, Selangor 2 dan Negeri Sembilan yang mengemukakan dokumen lengkap kepada pengendali Liga-M itu untuk memulakan latihan.

"UiTM FC dan Selangor 2 sudah hantar dokumen lengkap kemudian apabila kita semak tiada masalah lagi untuk MFL benarkan pasukan ini mulakan latihan.

"Cumanya sekali lagi saya ingatkan kepada pemain dan pegawai pasukan yang dibenarkan untuk memulakan kembali latihan supaya meletakkan disiplin pada tahap tertinggi dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Artikel Berkaitan: