Sultan Johor hadir sambutan Thaipusam 

Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan daripada pihak kuil kepada para penerima.
Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan daripada pihak kuil kepada para penerima.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Kuil Arulmigu Thendayuthapani Kovil dekat Wadihana, di sini, hari ini, bersempena perayaan Thaipusam.

Ketibaan Sultan Ibrahim kira-kira jam 12 tengah hari disambut oleh Menteri Besar, Datuk Osman Sapian beserta Exco Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Dr S Ramakrishnan.

Jawatankuasa Kuil Arulmigu Thendayuthapani Kovil bergambar dengan Sultan Ibrahim.
Jawatankuasa Kuil Arulmigu Thendayuthapani Kovil bergambar dengan Sultan Ibrahim.

Baginda turut diiringi Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Sultan Johor kemudiannya beramah mesra dengan para pengunjung kuil berkenaan sebelum bersantap sambil dihiburkan dengan persembahan kebudayaan masyarakat India.

Pengerusi kuil berkenaan, Dr Vateemalee Challaiah bersyukur dan berterima kasih atas kesudian Sultan Ibrahim hadir mencemar duli bersama rakyat ke majlis berkenaan.

"Patik terhutang budi di atas jasa baik Tuanku ke majlis pada hari ini dan berharap sokongan padu seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

"Semoga Johor menjadi negeri terbaik dan moden, selain berharap tuanku kekal prihatin dan disanjungi rakyat tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis sama, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima sumbangan RM5,000 daripada pihak kuil untuk Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Baginda turut berkenaan menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Kebajikan Orang Istimewa Johor dan Persatuan Kebajikan Rumah Kesayangan yang mana masing-masing menerima RM1,000 serta barangan kelengkapan sekolah kepada 10 kanak-kanak kurang bernasib baik.

Kunjungan Sultan Iskandar ke kuil yang berusia 102 tahun itu adalah pertama kali.