'Jangan timbulkan ketegangan kaum'

Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Datuk Seri Ti Lian Ker (berdiri, tengah) beramah mesra dengan penerima sumbangan ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Pertubuhan Amal Mesra Bersatu Malaysia hari ini. - Foto Bernama
Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Datuk Seri Ti Lian Ker (berdiri, tengah) beramah mesra dengan penerima sumbangan ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Pertubuhan Amal Mesra Bersatu Malaysia hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

RAUB - Masyarakat dinasihatkan untuk lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial supaya tidak menimbulkan ketegangan kaum.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, rakyat perlu tahu bahawa status dimuat naik terutamanya menyentuh isu sensitif boleh menimbulkan rasa tidak senang pada individu lain yang membaca status berkenaan.

"Ramai yang seronok dengan kemunculan media sosial sehingga ada yang terbawa-bawa dengan kemudahan itu dalam meluahkan perasaan. Kita perlu lebih matang dalam menggunakannya (media sosial).

"Memuat naik status memerlukan pertimbangan sewajarnya dan dengan kata-kata yang sesuai supaya tidak menimbulkan persepsi silap kerana pengaruh media sosial tidak boleh dinafikan amat kuat," katanya di sini hari ini.

Lian Ker berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas oleh Pertubuhan Amal Mesra Bersatu Malaysia kepada 200 penduduk sekitar Raub di sini hari ini.

Turut hadir pengerusi pertubuhan itu Datuk Seri Winson Chong.

Selain itu, Lian Ker berkata, rakyat juga perlu menghayati konteks Rukun Negara yang membawa nilai-nilai murni ke arah perpaduan dan kesejahteraan sosial. - Bernama

Artikel Berkaitan: