32 kompaun dikeluarkan sepanjang PKP

Mohd Ridzuan (kiri) ketika meninjau operasi kedai gunting rambut di sekitar kawasan Alma, Bukit Mertajam di sini hari ini.
Mohd Ridzuan (kiri) ketika meninjau operasi kedai gunting rambut di sekitar kawasan Alma, Bukit Mertajam di sini hari ini.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengesan 32 kes atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga Sabtu lalu.

Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, antara kesalahan dikesan seperti di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Timbang Sukat dan Akta Perlindungan Pengguna.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan di 5,504 premis membabitkan pasar raya, kedai runcit, pasar awam, pemborong, pengilang dan farmasi.

"Sepanjang tempoh PKP, kita menerima 291 aduan daripada pengguna antaranya berhubung harga dan bekalan.

“Hasil daripada pemeriksaan yang dibuat sebanyak 32 kesalahan telah dikesan dan kita telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM22,900 kepada pengusaha terbabit," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Ridzuan (kanan) ketika meninjau operasi kedai gunting rambut di sekitar kawasan Alma, Bukit Mertajam di sini hari ini.
Mohd Ridzuan (kanan) ketika meninjau operasi kedai gunting rambut di sekitar kawasan Alma, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd Ridzuan mengadakan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kedai gunting rambut di sekitar kawasan Alma di sini.

Beliau berkata, KPDNHEP Pulau Pinang telah memeriksa 34 premis dandanan dan gunting rambut di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemeriksaan mendapati kebanyakan premis menaikkan harga perkhidmatan antara RM2 hingga RM3 disebabkan peningkatan kos operasi yang terpaksa ditanggung seperti sarung tangan dan apron yang disyaratkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sebanyak 15 notis pengesahan maklumat perkhidmatan dan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kepada pemilik premis gunting rambut mengemukakan perkhidmatan yang ditawarkan sama ada harga yang diletakkan bersesuaian atau tidak,” katanya.