Mercun 'tak bertuan' dirampas

PPM merampas mercun yang dipercayai untuk dijual sempena musim perayaan.
PPM merampas mercun yang dipercayai untuk dijual sempena musim perayaan.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas mercun disembunyikan dalam kotak yang akan dibawa ke Pulau Ketam dipercayai untuk dijual.

Rampasan itu dibuat menerusi Ops Pensura di jeti feri, di sini, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, dua kotak berisi mercun dianggarkan bernilai RM2,500 telah dirampas.

"Pemantauan terus dibuat dan setelah menunggu kira-kira satu jam dapati tiada pemilik yang datang untuk mengambil barang tersebut.

"Mercun tersebut telah dirampas dan dibawa balik ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, dipercayai mercun ini akan dibawa ke Pulau Ketam untuk dijual sempena musim perayaan Tahun Baru Cina.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

Dalam perkembangan lain, PPM merampas sebuah bot dianggar bernilai RM10,400 yang disyaki digunakan untuk membawa masuk pendatang asing tanpa izin (Pati) di Pulau Ketam, di sini, semalam.

Artikel Berkaitan:

"Kegiatan itu terbongkar kira-kira jam 5 lagi, ketika pasukan peronda PPM terserempak sebuah bot dalam keadaan mencurigakan. PPM telah mengarahkan bot itu untuk berhenti namun tidak diendahkan sebelum terus memecut laju ke kawasan bakau.

"Kesemua penumpang dan tekong bagaimanapun telah terjun ke dalam sungai dan melarikan diri ke kawasan bakau," katanya.