Huawei nova 7 Series 5G bersama AppGallery di pasaran Malaysia pada 19 Jun

No Image Caption
A
A
A

HUAWEI bakal memperkenalkan telefon pintar baharunya, Huawei Nova 7 series 5G yang menjanjikan pengalaman digital yang lebih menarik pada 19 Jun dengan harga dari RM1,499.

Ciri-ciri terkini yang terdapat pasti telefon pintar terbaharu ini pastinya akan menjadi telefon pintar 5G yang paling mampu milik oleh pengguna di Malaysia.

Huawei AppGallery - Lebih Selamat, Lebih Storan, Lebih Ganjaran

Telefon pintar terbaharu dalam kelas Nova ini bakal dilengkapi dengan Huawei AppGallery yang akan memudahkan anda memuat turun pelbagai aplikasi kegemaran anda kerana ia merupakan aplikasi ketiga terbesar.

Huawei App Gallery turut menerima pensijilan industri dan keselamatan terbaik di bawah CC EAL5.

Pengguna juga boleh beralih ke wilayah berlainan untuk memuat turun aplikasi yang hanya dikhususkan kepada negara tertentu sahaja.

Sebagai contoh: Jika hanya eksklusif di China, tetapi anda masih boleh memuat turun dengan beralih wilayah anda ke China.

Huawei Cloud Storage menawarkan penyimpanan data secara percuma sehingga 50GB untuk 12 bulan*.

Artikel Berkaitan:

Lebih menarik lagi, sistem ganjaran yang diberikan Huawei AppGallery apabila memuat turun aplikasi kegemaran membolehkan pengguna menebus hadiah menarik di Huawei AppGallery Gift Centre dengan menambah mata ganjaran Huawei.

Huawei Phone Clone

ikut susunan pix mcm yg akk dah letak dalam teks yaaa - katanya client xmo kapsyen.. huhu.. cuba tgk ok x
ikut susunan pix mcm yg akk dah letak dalam teks yaaa - katanya client xmo kapsyen.. huhu.. cuba tgk ok x

Jika anda mengimpikan memiliki Huawei Nova 7 Series ini, tidak perlu risau untuk memindahkan data daripada telefon pintar lama kerana aplikasi Huawei Phone Clone akan memudahkan kerja anda.

Jadi semua data penting seperti nombor telefon, foto-foto dan video kesayangan dapat disalin dengan lancar.

Tak kisah sama ada anda pengguna iOS ataupun Android kerana Huawei Phone Clone dapat disesuaikan dengan telefon pintar anda mengikut jenama.

Ia boleh memuat turun aplikasi percuma daripada Google Play mahupun Apple Store.

Proses pemindahan data pula cukup pantas ehingga boleh mencapai kelajuan 1GB dalam masa seminit.

Huawei Phone Clone juga tidak memerlukan Wi-Fi atau data - Hanya menggunakan kod QR atau lokal hotspot pada telefon pintar baharu. Sedia untuk melakukan pindahan.

Huawei FindApps

No Image Caption

Begitu juga kalau anda mahu memuat turun aplikasi kegemaran seperti Facebook, Instagram, Telegram dan sebagainya ke dalam telefon pintar baharu Huawei Nova 7 Series, aplikasi FindApp dalam Huawei AppGallery boleh menolong anda mencari kesemua aplikasi tersebut.

Terdapat ribuan aplikasi dalam Huawei AppGallery dan jika anda tidak dapat mencari aplikasi yang diingini, jangan risau kerana anda boleh menyelesaikan dengan memuat turun APKs.

Anda boleh memuat turun secara terus APKs dengan menggunakan Huawei Browser atau melalui storan aplikasi pihak ketiga seperti Aptoide atau Aurora.

Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih tentang Huawei AppGallery:

Atau layari: https://consumer.huawei.com/en/mobile

Berikut gambaran awal yang sesuai untuk menggambarkan kehebatan Huawei Nova 7 Series - Berwarna bergaya, ringan lagi nipis, kualiti kamera terbaik, telefon pintar 5G mampu milik dan pengalaman berhubung lebih jelas, bateri 4000mAh, dan MeeTime.

Secara ringkas, HUAWEI Siri nova 7 didatangkan dengan tiga variasi warna iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple.

Rekaannya cukup minimal dan sangat ringan. Dengan sokongan pemprosesan Kirin 820 5G, ia disertakan dengan liputan 5G, mutu foto dan kualiti video 4K yang mengkagumkan.

Dilengkapi dengan bateri 4000mAh dan 40W HUAWEI SuperCharge, kita dapat mengecas dengan cepat iaitu 70% dalam masa 30 minit.

Dengan teknologi 5G yang ada membuatkan telefon bimbit ini menjadi telefon bimbit 5G paling murah dan mampu milik. Yang paling penting, ia disertakan dengan aplikasi MeeTime yang membolehkan kita mengadakan panggilan video dengan mutu yang berkualiti.

Huawei Share yang memaparkan ciri perkongsian fail, pengguna boleh merasai pengalaman kelancaran pengalihan fail-fail antara dua peranti.

Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih mengenai siri Huawei nova 7 yang baharu ini!

Tunggu apa lagi? Layari HUAWEI untuk mengetahui NOVA 7 Series dengan lebih lanjut.