'Barang tiruan jual harga original'

KPDNHEP menyerbu sebuah premis dan merampas barangan tiruan dianggarkan bernilai RM23,680 di Damansara, Petaling Jaya semalam.
KPDNHEP menyerbu sebuah premis dan merampas barangan tiruan dianggarkan bernilai RM23,680 di Damansara, Petaling Jaya semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Sebuah premis di pusat beli-belah yang dipercayai menjual barang tiruan digempur pihak berkuasa menerusi Ops Jeriji di Damansara di sini semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, operasi bermula jam 11 pagi itu dijalankan sepasukan anggota KPDNHEP cawangan Petaling Jaya hasil maklumat dan risikan.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam premis terbabit bertindak menyita 335 pakaian berupa baju, seluar dan kasut berjenama terkenal yang disyaki tiruan dianggarkan berjumlah RM23,680.

"Siasatan awal mendapati premis itu telah beroperasi sejak Mei lalu dan kita percaya barangan diperoleh dari negara jiran.

"Modus operandinya adalah pihak premis akan menjual barangan tiruan itu dengan harga RM40 sehingga RM400 kepada pelanggan dan memaklumkan bahawa barangan tersebut adalah tulen serta barangan terbuang (reject) dari kilang pengeluar," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

KPDNHEP menyerbu sebuah premis dan merampas barangan tiruan dianggar bernilai RM23,680 di Damansara, Petaling Jaya semalam.
KPDNHEP menyerbu sebuah premis dan merampas barangan tiruan dianggar bernilai RM23,680 di Damansara, Petaling Jaya semalam.

Muhamad Zikril berkata, susulan itu seorang pekerja syarikat telah direkodkan keterangan untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan syarikat boleh didenda maksimum tidak melebihi RM15,000 bagi setiap satu barangan yang cap dagangannya dipakaikan dengan salah atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Justeru, pihaknya menasihatkan kepada peniaga bahawa sentiasa mematuhi segala perundangan yang telah ditetapkan termasuklah tidak menjual barangan tiruan bagi mengelakkan tindakan oleh pihak KPDNHEP.