Dua bekas staf MPNM direman kes seleweng wang sewa

Suspek berusia 30 tahun yang juga bekas Penolong Kerani Kewangan MPNM dibawa keluar terlebih dahulu di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini.
Suspek berusia 30 tahun yang juga bekas Penolong Kerani Kewangan MPNM dibawa keluar terlebih dahulu di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Dua bekas kakitangan Majlis Pengakap Negeri Melaka (MPNM) direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang sewaan bangunan selama empat tahun bermula 2015.

Majistret Lee Kim Keat membenarkan permohonan reman ke atas bekas Setiausaha Kerja Eksekutif, 50-an dan bekas Penolong Kerani Kewangan MPNM, 30, yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber SPRM berkata, mereka disyaki terbabit dalam penyelewengan wang sewa bangunan milik MPNM berjumlah lebih RM50,000 bermula 2015 hingga 2019.

Bekas Setiausaha Kerja Eksekutif MPNM menutup muka ketika keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini
Bekas Setiausaha Kerja Eksekutif MPNM menutup muka ketika keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini

Kedua-duanya ditahan kira-kira jam 6.30 petang semalam ketika hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: