Warga emas 'dikejar' puluhan kucing jalanan

Paparan Twitter @Tok_Tek berkongsi sikap pemurah warga emas memberi makanan kepada kucing jalanan.
Paparan Twitter @Tok_Tek berkongsi sikap pemurah warga emas memberi makanan kepada kucing jalanan.
A
A
A

SABAK BERNAM - Rakaman video gelagat sekumpulan kucing menunggu 'tuannya' memberi makanan di Sungai Besar, di sini menjadi perhatian ramai.

Perkongsian video durasi 21 saat dimuat naik di Twitter milik @Tok_Tek memaparkan seorang lelaki warga emas mengayuh basikal dikejar lebih 10 ekor kucing walaupun belum memberhentikan kayuhan basikalnya.

@Tok_Tek turut menulis kapsyen, "Kucing pun tahu yang mana satu hamba ALLAH yang baik hati. Belum lagi turun basikal semua kucing nak ikut hamba ALLAH ini."

Video tersebut juga tular di laman sosial dan mendapat perhatian netizen yang mendedahkan warga emas itu kerap kali ditemui memberi makanan kepada kucing jalanan di sekitar kawasan tersebut.

Antara pelayar Twitter pernah bertemu warga emas itu, ialah @imann_soul.

@imann_soul turut berkongsi sikap pemurah warga emas tersebut memberi makanan kepada kucing jalanan.
@imann_soul turut berkongsi sikap pemurah warga emas tersebut memberi makanan kepada kucing jalanan.

"Dekat kawasan pasar di situ memang tempat orang buang kucing dan kucing jalanan kurus-kurus je. Syukur Alhamdulillah ALLAH hantar pakcik ni untuk jaga makan minum haiwan itu. Jom doakan pakcik ni dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Amin," ciapnya.

Kata @ammrjfr, "Tak silap pakcik ni selalu bagi makan kucing di Masjid Sungai Besar juga, semoga pakcik sihat dan dimurahkan rezeki."

Artikel Berkaitan:

Bagi @roxxxiey pula memberitahu, kucing akan menyayangi individu yang sayanginya dan akan membalas jasa mereka.

@arif pula memuji tindakan warga emas yang wajar dijadikan contoh walaupun sekadar mengayuh basikal dia tetap menghulurkan makanan kepada haiwan jalanan.

"Luaran tak nampak dia kaya tetapi sebenarnya dia kaya dengan jiwa.

"Sikap pemurah kepada makhluk ALLAH, pasti mendapat ganjarannya," ciapnya.