RM150,000 untuk Rumah Perlindungan dan Pemulihan Riqab

Mohd Khairuddin menyampaikan sumbangan kepada 30 Rumah Perlindungan dan Pemulihan Riqab di bawah kelolaan MAIS hari ini.
Mohd Khairuddin menyampaikan sumbangan kepada 30 Rumah Perlindungan dan Pemulihan Riqab di bawah kelolaan MAIS hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyalurkan sumbangan sebanyak RM150,000 kepada 30 buah Rumah Perlindungan dan Pemulihan Riqab di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini.

Exco Pembangunan Generasi Belia, Sukan dan Pembangunan Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, sumbangan ini dihulurkan bagi membantu meringankan beban pihak pengurusan Rumah Perlindungan dan Pemulihan Riqab dalam melaksanakan aktiviti serta program harian.

"Kerajaan negeri sedia maklum tentang inisiatif pihak MAIS dan pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) mewujudkan beberapa institusi dan pusat pemulihan atau rumah perlindungan yang dilengkapkan dengan pengisian program yang bermanfaat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Santuni Rumah Perlindungan Riqab Selangor sempena Aidilfitri bertempat di di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) hari ini.

Majlis Santuni Rumah Perlindungan Riqab Selangor ini dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan.

Sebanyak 30 Rumah Perlindungan dan Pemulihan Riqab di bawah kelolaan MAIS menerima sumbangan berjumlah keseluruhan sebanyak RM150,000 hari ini.
Sebanyak 30 Rumah Perlindungan dan Pemulihan Riqab di bawah kelolaan MAIS menerima sumbangan berjumlah keseluruhan sebanyak RM150,000 hari ini.

Menurutnya, selain membantu golongan riqab, majlis ini juga dapat mengukuhkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dan MAIS bagi menangani masalah sosial di negeri ini selaras dengan dasar kerajaan Selangor iaitu Negeri Smart and Caring (SAC).

"Diharap kerjasama dan komitmen antara kedua-dua pihak ini berterusan dalam merealisasikan hasrat kerajaan Selangor menjuarai isu sosial selain menurunkan kadar masalah sosial di negeri ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan statistik MAIS bagi tempoh 2017 hingga 2019, jumlah remaja yang menjalani proses pemulihan meningkat antara 10 peratus dan 20 peratus setiap tahun di kesemua Rumah Perlindungan dan Pemulihan Riqab.

"Pada 2017, seramai 1,273 pelatih menjalani pemulihan di Rumah Perlindungan dan Pemulihan Riqab disusuli 2,039 pelatih pada tahun 2018, 2,260 pelatih pada 2019 dan 1,622 pelatih setakat Jun 2020.

"Peningkatan jumlah pemulihan ini menunjukkan usaha MAIS bersama NGO berjaya menyantuni golongan remaja yang dibelenggu masalah akhlak dan akidah untuk kembali ke fitrah sebenar," katanya.