Mati ditikam angkara curi telefon bimbit

Shamsul Amar
Shamsul Amar
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki maut ditikam kerana didakwa mencuri telefon bimbit dalam kejadian di Bandar Bukit Tinggi, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang ketika menerima rawatan.

"Mangsa yang berusia 24 tahun itu ditemui orang awam di kaki lima sebuah premis dalam keadaan berlumuran darah di bahagian perut sebelum dikejarkan ke hospital.

"Pemeriksaan awal mendapati terdapat satu kesan tikaman pada abdomen sebelah kanan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai mangsa mencuri satu telefon bimbit milik seorang lelaki.

Katanya susulan itu, polis menahan reman tujuh individu termasuk dua wanita berusia lingkungan 16 hingga 38 tahun di sekitar Bukit Tinggi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: