Pekerja penyelenggara terkena renjatan elektrik

Anggota bomba membantu menurunkan mangsa.- Foto JBPM
Anggota bomba membantu menurunkan mangsa.- Foto JBPM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang penyelenggara penyaman udara mengalami kekejangan otot selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang membaiki peralatan tersebut di tingkat dua sebuah kompleks membeli-belah di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, ketika kejadian pada jam 10.20 malam, lelaki berusia 34 tahun itu dikatakan berada di bahagian luar kompleks berkenaan.

Menurutnya, mangsa mengalami kekejangan dan tidak dapat turun dengan sendiri tetapi berusaha membuat panggilan kecemasan.

Bomba menggunakan tangga untuk membawa turun mangsa. - Foto JBPM
Bomba menggunakan tangga untuk membawa turun mangsa. - Foto JBPM

"Bomba menerima panggilan pada 10.20 malam sebelum tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani tiba tujuh minit kemudian," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius dan telah diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.13 malam.

Artikel Berkaitan: