Mudarat JERI dalam pendidikan

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

SETIAP ibu bapa perlu tahu apa itu JERI jika benar-benar mengambil berat tentang pendidikan anak. JERI mengundang lebih banyak mudarat daripada manfaat.

Kesannya hanya kelihatan setelah bertahun-tahun lamanya. Negara kita berjaya di mata dunia melawan koronavirus (Covid-19) tetapi lubang biawak Yahudi jauh lebih licik.

JERI adalah singkatan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), semua pelajar akan dinilai berdasarkan keseimbangan jasmani, emosi, rohaninya dan inteleknya.

Cuba persoalkan mengapa FPK guna istilah ‘intelek’ dan bukan ‘akal budi’? Bukankah lebih menjaga jati diri nusantara jika kita guna istilah warisan kita sendiri iaitu ‘akal budi’? Apakah beza makna antara dua perkataan ini?

Kalau dikatakan bahawa istilah bukan soal utama jika dibandingkan dengan pelaksanaan, maka sepatutnya tiadalah masalah jika guna istilah ‘akal budi’ daripada awal.

Al-Quran menyuruh kita berhati-hati dengan penggunaan perkataan. Dalam surah al-Baqarah ayat 104, ALLAH SWT meminta Muslimin agar jangan guna perkataan ‘raa'inaa’. Ia adalah lebih baik digantikan dengan perkataan ‘unzurnaa’. Kedua-dua perkataan itu membawa makna yang sama iaitu ‘Berilah perhatian kepada kami’. Para Yahudi ucap ‘raa'inaa’ kepada Nabi SAW apabila mereka ingin menarik perhatian Nabi SAW kepada permintaan mereka tetapi ALLAH SWT suruh gantikan ‘raa'inaa’ dengan ‘unzurnaa’ yang membawa makna yang sama.

Mengapa ganti? Ia sebab ‘raa'inaa’ membawa dua makna yang berbeza, satu positif jika melihat daripada perspektif bahasa Arab iaitu ‘Berilah perhatian kepada kami’ dan satu lagi makna negatif jika melihat perspektif bahasa Ibrani iaitu ‘Semoga kamu menjadi pekak!’

Yahudi sebenarnya mahu mendoakan yang buruk kepada Nabi SAW dengan memainkan dua makna berbeza pada perkataan tersebut. Apabila orang Arab dengar perkataan ini, mereka akan fikir positif iaitu Yahudi hanya berkata kepada Nabi SAW ‘Berilah perhatian kepada kami’ tapi sesama Yahudi, mereka akan faham negatif. Mereka mendoakan Nabi SAW menjadi pekak.

Artikel Berkaitan:

ALLAH SWT tahu agenda permainan perkataan oleh Yahudi, maka ditukarkan kepada ‘unzurnaa’. Di sini jelas Yahudi mempunyai agenda yang terancang dalam pengunaan istilah-istilah tertentu. Mereka mencipta wacana-wacana yang menggunakan istilah bombastik untuk mencucuk virus ideologi yang halus.

Budi bermakna hikmah dan kebijaksanaan. Maka, budi bahasa maknanya penggunaan bahasa secara berhikmah. Demikian juga akal budi bermakna penggunaan akal secara berhikmah, bukan ikut nafsu buta tetapi istilah ‘intelek’ memberi makna domain kognitif, aras pemikiran sahaja, tiada kaitan dengan budi, hikmah dan kebenaran.

Contoh lain, permainan licik Yahudi dari segi bahasa ialah Yahudi juga tidak memanggil agama Islam sebagai ‘Islam’ tetapi sebagai Muhammadanisme. Mereka ganti perkataan ‘peliwat’ dengan istilah ‘homoseksual’ sebab liwat itu jijik. Perkataan homoseksual itu lebih nampak neutral seolah-olah menghalalkannya.

Dalil-dalil naqli menyuruh umat Islam menjadi ‘kuat’ dan ‘terbaik’ tetapi mereka gantikan dengan perkataan ‘seimbang’ (well balanced, well adjusted) agar umat Islam sekadar dididik menjadi umat yang seimbang, lalu lupa yang sepatutnya mereka perlu menjadi umat ‘terbaik dan terkuat’ di dunia.

FPK juga tidak berkata membina ‘jati diri’. Malangnya FPK berkata memperkembangkan ‘potensi individu’ iaitu istilah psikologi yang direncanakan oleh dua ilmuwan Yahudi Carl Rogers dan Abraham Maslow yang mencipta pendidikan Learner Centered. Maka ia membuka jalan kepada setiap ‘individu’ untuk mendakwa dirinya memiliki ‘potensi’ gay yang perlu dikembangkan!

* Xifu Naser ialah Tokoh Pendakwah Perak