Tok Mat tolong henti main isu rasis

M Manogaran bertemu penduduk sebelum menyertai sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, Ringlet.
M Manogaran bertemu penduduk sebelum menyertai sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, Ringlet.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Calon PH, M Manogaran kesal dengan kenyataan Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan kononnya DAP tiada belas kasihan terhadap Islam dan orang Melayu.

Katanya, Mohamad sebagai pemimpin senior dalam Umno dan BN tidak sewajarnya memainkan isu perkauman untuk memancing undi.

"DAP bukan parti rasis. Mereka (BN) hanya memalukan diri, ini bukan cara kita buat kempen.

"Untuk tujuan menang PRK ini janganlah jadi ekstrem mainkan isu perkauman," katanya kepada media pada sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, Ringlet, di sini, hari ini.

Sebuah portal melaporkan Mohamad dalam ucapannya di Ceramah Pentas Perdana semalam berkata, DAP adalah 'musuh' yang tiada perasaan belas ihsan terhadap orang Melayu dan agama Islam.

Mohamad turut mendakwa, DAP mahu negara ini mengamalkan dasar sama rata.

Dalam pada itu, Manogaran berkata, PRK ini bukan persaingan antara kaum tetapi antara PH, BN dan dua calon Bebas.

"Sempena Hari Thaipusam ini, saya ingin menyeru kepada perpaduan negara. Kita kena tunjuk contoh kepada anak-anak bahawa Malaysia adalah berbilang kaum," katanya.

Artikel Berkaitan: