Guna kenderaan kerajaan, calon PH minta henti serta-merta

 M Manogaran bertemu penduduk sebelum menyertai sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, Ringlet.
M Manogaran bertemu penduduk sebelum menyertai sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, Ringlet.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Calon PH, M Manogaran berharap penyalahgunaan jentera kerajaan untuk berkempen dihentikan serta-merta.

Katanya, teguran kesalahan itu bukan saja untuk pihak PH tetapi juga BN.

"Kita akan berhenti serta-merta bukan saja jentera atau kereta, tetapi apa saja yang tidak selaras dengan undang-undang. Saya minta semua pihak patuhi undang-undang sedia ada untuk PRK ini.

"Mana-mana pihak pun tak boleh salah guna apa-apa jentera kerajaan. Jika berlaku kesalahan seperti itu, saya minta semua pihak hentikan," katanya ketika ditemui media pada sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, Ringlet, di sini, hari ini.

Semalam, tular gambar sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik Kerajaan Negeri Pahang digunakan untuk kempen pilihan raya PH.

Seorang timbalan menteri didakwa telah memohon penggunaan kenderaan tersebut bagi tujuan urusan rasmi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, kenderaan tersebut telah diambil semula serta-merta selepas didapati disalahgunakan untuk tujuan berkempen.

Awal pagi tadi, calon BN, Ramli Mohd Nor membuat dua laporan polis di Balai Polis Sungai Koyan berikutan insiden provokasi yang menimpa beliau dan jenteranya petang semalam.

Artikel Berkaitan:

Ia susulan rombongan Ramli ketika berkempen di sekitar Pos Lenjang dan Pos Titom semalam terjumpa sebuah kenderaan 4x4 sebuah kenderaan berwarna hijau gelap ditampal dengan bendera Malaysia dilapisi bendera PH.