Ikan paus mati selepas terdampar di beting pasir

Inilah ikan paus spesies fin yang ditemui mati di beting pasir dekat muara Dee, utara Wales pada 14 Jun lalu. -Foto Facebook Penyelam Penyelamat Hidupan Marin British
Inilah ikan paus spesies fin yang ditemui mati di beting pasir dekat muara Dee, utara Wales pada 14 Jun lalu. -Foto Facebook Penyelam Penyelamat Hidupan Marin British
A
A
A

LONDON - Seekor ikan paus mati pada 14 Jun lalu selepas terkandas buat kali kedua di beting pasir yang sama di Wales dalam tempoh 24 jam.

Haiwan mamalia spesies fin itu yang sepanjang 10 meter dikesan sekali lagi berada di beting pasir tersebut dekat muara Dey di Flintshire pada pagi Ahad lalu.

Laporan portal berita BBC pada 14 Jun melaporkan, ikan paus yang seberat 14 tan itu pernah dipantau oleh pasukan penyelamat dari jarak yang tidak terlalu jauh.

Namun, seorang agensi Pengawal Pantai dan Maritim mengesahkan ikan paus tersebut telah mati.

"Ikan tersebut telah dibawa dan bedah siasat dilakukan bagi menentukan kenapa ia mati," ujarnya.

Anggota-anggota agensi Penyelam Penyelamat Hidupan Marin British mengesan ikan paus itu pada waktu pagi tetapi tidak ada petunjuk haiwan tersebut masih hidup.

Di laman Facebook, agensi penyelam itu berkata: "Ikan paus fin itu terkandas semula lewat malam (Sabtu lalu) di atas beting pasir dekat muara Dee ketika air sedang pasang. Namun, adalah adalah terlalu bahaya untuk menghantar seseorang ke sana untuk memastikan sama ada ia masih hidup."

Menurut laporan berita Cheshire Live, ikan tersebut dilaporkan terkandas buat pertama kali di muara Dee dekat Greenfield pada kira-kira pukul 9 pagi Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan:

Pakar-pakar dan anggota sukarelawan daripada agensi Penyelam Penyelamat Hidupan Marin British kemudian datang ke tempat kejadian untuk berusaha menyelamat haiwan tersebut. - Agensi