Kematian akibat Covid-19 di Indonesia cecah 2,198 orang

Petugas kesihatan mengambil swab test daripada seorang wanita di Jakarta. Foto: Xinhua.
Petugas kesihatan mengambil swab test daripada seorang wanita di Jakarta. Foto: Xinhua.
A
A
A

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat melepasi angka 39,000 dengan jumlah kematian sebanyak 2,198 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 1,017 tambahan kes positif baharu di seluruh Indonesia dengan 64 lagi kematian berlaku.

"Kes positif kini berjumlah 39,294 manakala sebanyak 13,649 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19," katanya pada sidang akhbar hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Ahmad Yurianto berkata, daripada jumlah keseluruhan kes positif itu, sebanyak 15,123 pesakit telah sembuh.

"Bagi tempoh 24 jam berkenaan juga, sebanyak 592 lagi pesakit sembuh, kami optimistik virus ini boleh disembuhkan dan yakin ramai lagi yang akan sembuh," katanya.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 616 kes, diikuti provinsi Jakarta (557 kes), Jawa Barat (162), Kalimantan Selatan (131) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan: