PNB terima peletakan jawatan Jalil Rasheed

PNB
PNB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah menerima peletakan jawatan Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif kumpulan berkuat kuasa hari ini.

PNB dalam satu kenyataan berkata, lembaga pengarah dan pasukan kepimpinan menyampaikan penghargaan mereka kepada Abdul Jalil atas kepimpinan dan sumbangan beliau semasa berkhidmat dengan PNB.

“PNB mendoakan kejayaan Abdul Jalil dalam segala usahanya pada masa depan. Lembaga juga meluluskan pelantikan pengganti beliau dan pengumuman akan dibuat selepas menerima kelulusan kawal selia yang diperlukan,” kata kumpulan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: