Kes kematian Covid-19 di Mexico, Brazil meningkat

Pekerja kesihatan mengambil sampel ujian Covid-19 pandu lalu. Foto: Xinhua
Pekerja kesihatan mengambil sampel ujian Covid-19 pandu lalu. Foto: Xinhua
A
A
A

BUENOS AIRES - Wabak koronavirus (Covid-19) terus menular di Amerika Latin, menyaksikan jumlah kematian di Brazil pada Isnin melepasi 43,000 orang manakala di Mexico seramai 17,000 telah terkorban, lapor agensi berita Anadolu.

Di Brazil, 612 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan 43,332, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Jumlah kes di negara kedua paling teruk terjejas di dunia itu mencecah 867,624 setakat ini apabila seramai 17,110 lagi didapati positif Covid-19.

Di Mexico, 269 lagi korban dilaporkan menjadikan keseluruhan seramai 17,141.

Seramai 146,837 didapati positif iaitu pertambahan sebanyak 4,147 lagi kes.

Data Johns Hopkins University mendedahkan di seluruh dunia, wabak maut itu sudah meragut lebih 433,600 nyawa dengan jumlah jangkitan melebihi 7.92 juta, sementara lebih 3.78 juta pesakit sembuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: